PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KEMAHIRAN ASAS MEMBACA
PENDAHULUAN
Kegagalan berterusan untuk memboleh terpupuknya dengan berkesanpenguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira seperti yang terkandung dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak boleh dibiarkan. Masalah keupayaan murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan yang menjadi penggerak kepada kemahiran berkomunikasai dan berfikir secara kritis dan kreatif tidak ditangani secara serius dan bersungguh-sungguh. Masalah ini
harus diatasi secara jujur oleh semua pihak.
harus diatasi secara jujur oleh semua pihak.
Keberkesanan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Mohd Daud Hamzah (1990) menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannya terutama sekali kepada pelajar-pelajar pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan. Keputusan ini amat bersesuaian dengan pendapat Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib (1998) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran oleh pelajar.
kemahiran oleh pelajar.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mempertingkatkan Prestasi Penguasaan Asas Bacaan Pelajar
Abdul Rahman AbdulRashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihanadalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia.
menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihanadalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia.
Masalah yang dihadapi oleh Guru dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar
Penggunaannya secara berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid pendidikan pemulihan. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
No comments:
Post a Comment